Ismail Sabri terima ucapan tahniah daripada pemimpin Australia, China
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
PUTRAJAYA - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia.
Beliau menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott John Morrison serta sepucuk surat daripada Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Iklan
Iklan
Menurut Pejabat Perdana Menteri, dalam perbualan telefon antara Ismail Sabri dan Morrison pada Selasa, kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Australia.
Ismail Sabri dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Li yang menyampaikan perutusan tahniah kepadanya melalui sepucuk surat bertarikh 23 Ogos 2021.
Iklan
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Li turut menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama, selain mengekalkan hubungan dagang serta berkongsi strategi melawan wabak Covid-19 dengan berkesan.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>