'BN mampu buat kejutan, PH bergelut pertahan undi'
Iklan
KUALA LUMPUR - Tinjauan dilakukan Ilham Centre mendapati BN mampu membuat kejutan saat akhir dan menumpaskan PH dalam PRK DUN Semenyih, esok.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal berkata, PH kelihatan bergelut untuk mempertahankan undi pengundi Melayu di Semenyih kerana beberapa faktor dan elemen kemenangan seakan-akan serba tidak menjadi sepanjang tempoh kempen berlaku.
Iklan
Iklan
"PH sekarang ini memerlukan formula ajaib iaitu peratus keluar mengundi dan aras sokongan
pengundi kekal sebagaimana PRU14 lalu. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, BN mampu
Iklan
menang tipis di Semenyih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, penilaian kempen di Semenyih tertumpu sejauh mana PH dapat memenuhi ekspektasi pengundi Melayu kelas menengah yang kritikal dan rasional.
Iklan
"BN pula berada di sudut oposisi yang mempunyai kelebihan untuk menyerang, menguasai naratif membangkitkan kelemahan krajaan PH, memainkan sentimen Melayu-Muslim yang gagal dibela oleh Kerajaan PH serta sambutan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak seakan-akan merubah sedikit pola pengundian pengundi Melayu.
"Sekiranya ini berjaya dilakukan dengan menarik semula undi Melayu kembali kepada BN, maka BN bakal membuat kejutan dalam pertembungan kali ini," katanya.
Katanya, siri-siri kempen pimpinan PH juga nampaknya tidak memberikan impak besar kepada pengundi.
"Jentera PH nampaknya terlalu bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memobilisasi gerakan kempen di sini.
"Hanya pada pusingan akhir ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya berbanding yang lainnya," katanya.
Mengulas isu calon, Azlan berkata, calon PH Muhammad Aiman Zainali tidak mempunyai aura yang cukup untuk menggalas sebagai calon parti kerajaan di Semenyih.
"Tahap penerimaan pengundi terhadap calon berada pada paras 34.4 peratus menunjukkan calon ini tidak mampu menyakinkan pengundi yang ditemui dalam kajian ini. Melihat usaha keras yang dilakukan oleh pihak jentera dalam menyusun program kempen calon nampaknya tidak mampu mengangkat nama dan wibawa calon PH ini.
"Segala usaha yang dilakukan oleh Muhammad Aimankelihatan tidak serba tidak menjadi dan menyebabkan peralihan perhatian menyebelahi calon BN Zakaria Hanafi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>