Jual telur penyu, lelaki warga asing ditahan
Iklan
Telur penyu yang dirampas dipercayai dijual kepada orang ramai di pusat bandar Sandakan.
KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan telur penyu ditahan dalam operasi di pusat bandar Sandakan, pada Jumaat.
Lelaki warga asing berusia 36 tahun ditahan bersama 528 biji telur penyu kira-kira jam 7.30 pagi selepas seorang anggota operasi bertindak menyamar sebagai pembeli.
Iklan
Iklan
Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan empat plastik berisi telur penyu dianggarkan bernilai RM1,320 berdasarkan harga pasaran semasa.
Lelaki warga asing ditahan bersama telur penyu yang dijual di pusat bandar Sandakan.
"Suspek kemudian terus ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Iklan
Menurut Mohd Abduh, kesemua rampasan telur penyu dibawa ke Balai Polis Sandakan dan kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963(PIN 2000).
Operasi dilaksanakan PGA Batalion 15 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL), Taman Taman Sabah (TTS) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>