Bekas pegawai ahli Parlimen direman disyaki seleweng dana

Iklan
Seorang bekas pegawai tugas-tugas khas ahli parlimen di Kedah direman bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri dua tahun lalu.

SUNGAI PETANI - Seorang bekas pegawai tugas-tugas khas kepada ahli Parlimen di Kedah direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri, dua tahun lalu.

Perintah reman tiga hari terhadap lelaki berusia 43 tahun itu yang bermula pada Jumaat dibenarkan oleh Majistret Noor Fazlina Musa.

Iklan
Iklan

Suspek didakwa menyeleweng peruntukan antara RM9,500 hingga RM34,000 bagi pelbagai kerja dan pembekalan menggunakan tujuh invois palsu untuk menuntut bayaran daripada ahli Parlimen tersebut.

Difahamkan, jumlah keseluruhan tuntutan palsu itu mencecah RM140,600 dipercayai dilakukan antara Ogos 2019 dan Januari 2020.

Iklan

Suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sungai Petani pada jam 4.31 petang Khamis.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Iklan

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.