Ivermectin: Alternatif atau racun!

Iklan

Isu penggunaan pil Ivermectin yang didakwa sesetengah pihak sebagai satu cara untuk merawat pesakit Covid-19 semakin hangat diperkatakan.

Lebih membimbangkan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan di sebalik polemik mengenai keberkesanan ubat ini dengan menjualnya secara meluas dan 'laris' di platform online.

Iklan
Iklan

Sedangkan keputusan sama ada Malaysia akan membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 hanya akan diketahui pada September ini.

Persoalannya, adakah benar 'cakap-cakap' yang menyatakan ia mujarab merawat Covid-19? Adakah ubat antiparasit ini selamat untuk digunakan oleh manusia?

Iklan
Iklan