Nagelsmann sifatkan trofi Piala Super Jerman bukan miliknya

Iklan
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjulang trofi Piala Jerman -Foto: he sun.co.uk

PENGENDALI Bayern Munich Julian Nagelsmann menegaskan trofi Piala Super Jerman yang dimenangi skuad kendaliannya itu sebagai bukan miliknya tetapi adalah milik pengendali sebelumnya, Hansi Flick.

Menurut Nagelsmann, kredit wajar diberikan kepada Flick atas segala usaha yang telah dilakukannya bagi memastikan kejayaan Bayern.

Iklan
Iklan

Malah katanya, kejayaan Bayern mara ke final juga adalah hasil prestasi cemerlang Bayern di bawah kendalian Flick musim lalu.

"Kami tidak ada masa yang banyak untuk meraikan kejayaan ini. Kejayaan ini adalah hasil kejayaan musim lalu dibawah kendalian Hansi Flick.

Iklan

"Saya gembira, tetapi gelaran ini sebenarnya menjadi milik kepada orang lain, bukannya saya,” katanya.

Pada aksi Piala Super berkenaan, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund 3-1 hasil dua jaringan bintang Poland, Robert Lewandowski pada minit ke-41 dan min-74 dan Thomas Muller (min-49), sebelum Marco Reus merapatkan jurang buat Dortmund pada minit ke-64.

Iklan

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Nagelsmann berkata, skuad kendaliannya itu dilihat telah bertahan dengan baik di sepanjang perlawanan.

"Kami telah bertahan dengan baik. Kami juga agresif. Kami memenangi perebutan bola. Dua pemain pertahanan kami, Niklas Sule dan Upacemano turut beraksi cemerlang di benteng pertahanan.

Sementara itu Lewandowski berkata, kejayaan memenangi Piala Super Jerman itu nyata kemenangan yang sungguh bermakna buat dirinya.

"Selain itu, perlawanan ini juga boleh dikatakan sebagai perlawanan yang baik kerana banyak menyajikan aksi serangan kepada penyokong.

"Kami boleh beraksi lebih baik daripada hari ini, tetapi kita masih berada di awal musim dan memerlukan sedikit masa,” katanya.