[VIDEO] Ismail Sabri calon PM keputusan tepat UMNO: Nazri
Iklan
Nazri Aziz mengakui sudah tandatangan SD menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR- Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Iklan
Iklan
Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih
Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
Iklan
"Saya ucapkan terima kasih kepada MT UMNO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
"Kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Iklan
"Kini masa untuk semua ahli parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan kembali bersatu demi memastikan usaha kerajaan melawan Covid-19 dan membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada Astro AWANI.
Nazri berkata tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.
Beliau menegaskan, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat yang sememangnya menjadi fokus utama UMNO selama ini.
"Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.
"Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.
"Tidak perlu lagi kita bertelagah dan fokus kepada usaha lawan Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.
Jawatan Perdana Menteri kosong ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.
Terdapat dakwaan mengatakan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri.- Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.