KSN adakan mesyuarat khas KSU, ketua perkhidmatan
Iklan
Mohd Zuki
PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Selasa mempengerusikan mesyuarat khas ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua-ketua perkhidmatan secara maya untuk memastikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.
Mohd Zuki berkata, beliau bersama-sama seluruh kepimpinan perkhidmatan awam akan terus teguh bekerja sehabis baik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar.
Iklan
Iklan
Menurut perkongsian dalam laman Facebook, beliau berkata, setiap kementerian dan agensi terus memberikan tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi dan mempergiat pelaksanaan dasar-dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan negara.
"Insya-ALLAH, negara kita akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen tidak berbelah bahagi para penjawat awam daripada semua sektor baik keselamatan, pertahanan, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya," katanya.
Iklan
Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya.
Peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda juga berkenan Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>