Pas puji ketegasan Muhyiddin tidak kompromi kleptokrat
Iklan
Muhyiddin menyampaikan perutusan khas pada hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pas memuji ketegasan ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak berkompromi dengan kumpulan kleptokrat yang cuba merosakkan dan menyalahgunakan kuasa pentadbiran negara.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, walaupun mentadbir negara hanya dalam tempoh yang singkat, Muhyiddin telah melakukan yang terbaik untuk kebaikan negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
Nik Muhammad Zawawi Salleh
Iklan
Iklan
"DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada peletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.
"DUPP juga menyambut baik ketegasan Muhyiddin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook DUPP pada Isnin.
Iklan
Istana Negara pada Isnin mengesahkan Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menteri berkuat kuasa serta-merta.
Pada sidang akhbar khas yang diadakan pada Isnin, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tindakan berkenaan diambil selepas dirinya telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Iklan
Dalam pada itu, Nik Muhammad berkata, DUPP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin atas sumbangan dan keringat dicurahkan sepanjang memimpin Kerajaan PN selama hampir 18 bulan.
"DUPP mendoakan segala sumbangan yang telah diberikan oleh Muhyiddin serta seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri diberkati dan diredai ALLAH. Semoga ALLAH anugerahkan yang terbaik untuk ummah dan negara,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>