Eksport minyak sawit ke Turki sasar satu juta tan setahun
Iklan
Gambar hiasan
EKSPORT minyak sawit negara ke Turki disasar mencecah satu juta tan setahun mulai tahun depan berbanding 500,000 tan pada masa ini, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya, ini susulan lawatan beliau serta pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan negara tersebut, baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Beliau optimis angka tersebut mampu dicapai selain kedudukan Turki sebagai pintu masuk ke negara lain di rantau Asia Barat, Balkan serta Eropah Timur.
"Turki adalah satu destinasi yang sangat penting untuk pasaran sawit kita, insya-ALLAH, kita mampu mencapai sasaran satu juta tan setahun bermula tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di SKT Banquet Hall 68, di sini, pada Khamis.
Iklan
Hadir sama, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaidah Ujang.
Selain itu, Mohd Khairuddin berkata, seramai 21,703 pekerja telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di tiga pusat PPVIN di bawah Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi (VACOMS) setakat semalam.
Iklan
Program bermula pada 1 Julai lepas itu yang turut dijalankan di PPVIN Ladang Tennamaram dan PPVIN Olak Lempit, Selangor, bertujuan mempercepatkan usaha pemberian vaksin kepada barisan hadapan ekonomi, khususnya agrikomoditi.
"PPVIN ketiga di Muar ini turut dilaksanakan di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bermula 2 Ogos lepas dan menyasarkan vaksinasi untuk 30,000 pekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya kini dalam proses mengemukakan permohonan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membuka PPVIN untuk kemudahan vaksinasi seramai 30,000 pekerja sektor getah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>