Keuntungan sebelum cukai RM123 juta
Iklan
MALAYSIAN Resources Corporation Berhad (MRCB) mengumumkan mencapai Keuntungan Sebelum Cukai RM123 juta pada 2018.
Keuntungan Sebelum Cukai pada 2018 telah terjejas berikutan ketiadaan keuntungan pelupusan sekali saja yang diiktiraf pada 2017, dan kemajuan perlahan kerja pembinaan projek LRT3 yang dilaksanakan oleh syarikat pegangan 50 peratus miliknya iaitu MRCB George Kent Sdn Bhd, berikutan rundingan bersama kerajaan semasa perubahannya daripada kontrak rakan pelaksana projek kepada kontrak harga tetap.
Namun begitu, pendapatan tertunda dari projek ini akan disambung semula pada 2019 dan diteruskan sehingga projek dijadual selesai pada 2024, sejajar perjanjian kontrak dilaksanakan pada 25 Januari lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, cabaran utama sepanjang 2018 adalah pemodelan semula Projek LRT3, yang memberi kesan ketara kepada prestasi syarikat dalam menghasilkan keuntungan jauh lebih rendah daripada dianggarkan.
"Terkini, kontrak baharu telah ditandatangani dan pendapatan akan mula mengalir semula tahun ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>