Petronas Yamaha SRT kenang jasa Rossi

Iklan
Razlan (tengah) bersama Rossi (kiri) dan Franco Morbidelli (kanan).

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menghargai kudrat legenda MotoGP, Valentino Rossi yang menyertai pasukan itu musim ini.

Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, beliau berbangga kerana juara dunia sembilan kali itu bersetuju menyertai pasukan berkenaan bagi menghadapi saingan MotoGP.

Iklan
Iklan

"Kami mengharungi perlumbaan Grand Prix (GP) Styria dengan berita persaraan Rossi. Kami menganggap penyertaannya dalam pasukan ini sebagai satu penghormatan besar.

"Selamat maju jaya buat Rossi dan kami terus menyokong dan membantunya bagi mengharungi baki separuh perlumbaan musim ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Rossi yang menjadi satu-satunya pelumba memenangi kesemua kategori - 125cc, 250cc, 500cc serta MotoGP menyertai Petronas Yamaha SRT bagi mengharungi musim 2021.

Terkenal dengan gelaran The Doctor, mula meraih kejuaraan dunia dalam kelas 125cc pada musim 1997 ketika bersama Aprilia sebelum dia menjuarai kategori 250cc dua tahun kemudian.

Iklan

Di kelas tertinggi, Rossi muncul naib juara dalam musim pertama pada 2000 sebelum menang gelaran dunia dalam format terakhir 500cc setahun kemudian bersama Honda.

Dia menang enam lagi kejuaraan kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.

Kali terakhir Rossi menang perlumbaan adalah Grand Prix Belanda pada 2017 dan kali terakhir menduduki petak utama pada 2018 dan kali terakhir menaiki podium setahun kemudian.