Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM89
Iklan
Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan tambang serendah RM89 dalam kategori ‘Economy Lite’ bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 untuk bertemu orang yang tersayang.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September 2021 dan ia sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2021.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail berkata, siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan Covid-19.
"Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.
Iklan
"Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting,” katanya.
Lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines telah menerima suntikan vaksin setakat ini.
Iklan
MAB bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkap suntikan dua dos vaksin Covid-19 menjelang bulan Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam
Kumpulan Penerbangan Malaysia, MAB menjangkakan 100 peratus pekerjanya akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 pada pertengahan Ogos tahun ini, berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.
Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos 2021.
Kelonggaran ini juga juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua untuk melawat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web http://www.malaysiaairlines.com. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>