135 NGO Islam sokong Agong, Muhyiddin
Iklan
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 135 gabungan NGO Islam tetap menyatakan sokongan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.
SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 135 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyatakan pendirian dan solidariti sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Gabungan tersebut dalam satu kenyataan bersama menyatakan, pendirian itu berasaskan kepada beberapa perkara termasuk menjunjung tinggi perkenan Seri Paduka Baginda atas kepercayaan Muhyiddin masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu pada Sabtu, dalam masa sama, mereka kesal dengan segelintir ahli Parlimen tertentu yang menarik sokongan terhadap kerajaan semasa.
"Sedangkan pembentukan kerajaan kini adalah persetujuan bersama ahli Parlimen Melayu Islam.
Iklan
"Kami menyeru ahli Parlimen parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan PN demi agama, rakyat dan negara.
"Kami juga menyeru semua parti politik Melayu Islam bermuafakat dan mengutamakan kepentingan nyawa rakyat yang berdepan dengan pandemik Covid-19 berbanding kepentingan politik peribadi dan kumpulan,” katanya.
Iklan
Selain itu, mereka turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus menaungi kerajaan, rakyat dan menstabilkan pemerintahan serta pentadbiran negara.
Gabungan kerjasama tersebut antaranya melibatkan Yayasan Amal Malaysia, Muktamar Dakwah Malaysia, Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping, Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (Jamin), Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (Sumaiyyah Care) dan Konfederasi NGO Kelantan (KNK).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>