Enam penjawat awam ditahan di pusat hiburan, empat positif dadah
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai enam penjawat awam antara 66 individu termasuk warga asing ditahan menerusi serbuan yang dijalankan Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, Johor pada Jumaat.
Menurut sumber, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1.30 pagi itu berjaya menahan 66 individu berumur antara 17 hingga 45 tahun.