'Imuniti kelompok bukan penyelesaian utama'

Iklan
Dr Jomo ketika program Wacana Sinar edisi ke-278 yang bertajuk Varian Delta: Ancaman Sistem Negara yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Imuniti kelompok bukan jalan penyelesaian mencukupi untuk menghadapi varian Covid-19 baharu yang semakin meluas di negara ini.

Penasihat (Penyelidik) Khazanah Research institute, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, kerajaan perlu melakukan satu usaha lain yang melibatkan seluruh pemerintah dan orang ramai.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kempen-kempen kesedaran dan pemahaman berkaitan virus dan vaksin perlu diketengahkan dengan lebih meluas agar masyarakat tidak keliru dan terikut akan informasi lain.

"Kita tahu bahawa kadar vaksin mungkin dapat mencapai taraf tinggi tetapi ini tidak cukup.

Iklan

Kita lihat di United Kingdom (UK), Chile dan lain dimana mereka sudah capai hampir 60 peratus tetapi tidak mencukupi dalam hadapi varian baharu.

"Perlu ada usaha yang melibatkan seluruh pemerintahan dan melibatkan orang ramai supaya mereka tidak keliru dan memahami berkaitan virus dan vaksin.

Iklan

"Varian baru ini jauh lebih mudah untuk berjangkit dan akan membunuh dengan lebih mudah.

Kalau tidak melibatkan atau mendidik orang ramai dengan cara melibatkan media sosial, sudah pasti orang akan percaya dengan ubat mukjizat yang lain.

"Kita dapati, bahawa kepercayaan kepada ini mengurangkan kepada vaksin kita.

Ini masalah kita.

Kita tahu bahawa kadar vaksin mungkin dapat mencapai taraf tinggi tetapi ini tidak cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-278 yang bertajuk Varian Delta: Ancaman Sistem Negara yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis, Presiden Cuepacs, Adnan Mat dan Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia perlu mencontohi kaedah yang dijalankan oleh negara Asia Timur lain seperti China, Korea, Vietnam, Laos dan sebagainya.

Jelasnya, negara tersebut tidak menggunakan pendekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh melibatkan satu negara.

"Kalau lihat Korea, tidak pernah adakan PKP.

Tapi sebaliknya mereka telah mengambil banyak langkah yang melibatkan seluruh pemerintahan.

"Contohnya, Kementerian Sumber Manusia Korea mengambil tindakan untuk beri nasihat kepada majikan masing-masing untuk susun semula bukan hanya keadaan di tempat kerja, terapi waktu kerja dan sebagainya untuk mengurangkan pandemik merebak.

"Begitu juga Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan lain-lain sentiasa mengambil langkah tertentu untuk memastikan bahawa rakyat mereka dapat membendung wabak ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Buat kawalan harga atau beri subsidi kit ujian kendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Semua jenis vaksin perlu dos ketiga lawan varian Delta