KWSP Muar ditutup sementara hingga 11 Ogos ini

Iklan

KUALA LUMPUR - Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Muar akan ditutup sementara mulai Khamis, 5 Ogos 2021 sehingga Rabu, 11 Ogos 2021 selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, pejabat itu akan ditutup untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi selaras dengan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Kakitangan tersebut kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak rapat sedang dilaksanakan, kata dana pencen itu.

Ahli KWSP dinasihatkan untuk melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online (JTO) jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.

Iklan

Semua cawangan KWSP akan tetap mengamalkan penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan yang lain untuk membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. -Bernama

Iklan