Azizulhasni, Mohd Shah Firdaus ke saingan Repechages 1/8

Iklan
Azizulhasni Awang

DUA pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom terpaksa beraksi dalam saingan Repechages 1/8 setelah kedua-duanya tewas kepada saringan perlumbaan 1/8 di Velodrome, Izu, sebentar tadi.

Azizulhasni tewas 0.040saat kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland pada saringan pertama manakala Mohd Shah Firdaus tewas 0.449 saat kepada seorang lagi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen pada saringan kedua.

Iklan
Iklan

Pada saingan Repechages sebentar lagi, Azizulhasni bakal berdepan cabaran daripada pelumba Jepun, Yuka Wakimoto dan Jason Kenny (Great Britain) pada saringan pertama.

Mohd Shah Firdaus pula bakal berdepan cabaran daripada pelumba Perancis, Sebastien Vigier dan Sam Webster (New Zealand).

Iklan
Iklan