Tawar khidmat seks RM55

Iklan
GRO dan pelanggan warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen, semalam.

IPOH - Sebuah hotel bajet yang menawarkan khidmat seks pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Jabatan Imigresen dalam satu operasi bersepadu di Jalan CM Yusuff, semalam.

Dalam serbuan jam 3.30 petang, hotel dua tingkat itu didapati mempunyai sambungan dengan blok lain dipercayai bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, taktik itu disedari anggota penguat kuasa yang bertindak mengepung bangunan berkenaan bagi mengelak mereka melarikan diri.

"Ketika serbuan dijalankan, kebanyakan mereka sedang asyik melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran anggota kita.

Iklan

"Hotel yang beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 12 malam ini menawarkan khidmat seks dengan bayaran serendah RM55," katanya.

Beliau berkata, seramai 15 individu, empat daripadanya warga tempatan berusia antara 25 hingga 41 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Iklan

Katanya, daripada jumlah itu, lapan merupakan wanita warga Thailand dan seorang warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai GRO.

"Dua lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan turut ditahan, kesemua mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

"Sementara warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik premis ditahan bagi sisatan dibawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melindungi warga asing tanpa pas yang sah," katanya.

Operasi Bersepadu melibatkan 16 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Ipoh itu tamat sekitar jam 4 petang.