Goodday hargai pelanggan

Iklan
Penampilan baharu Goodday.

SHAH ALAM - Goodday meneruskan penganjuran program tahunan, Goodday Milk Fest 2021 untuk menghargai pelanggannya dengan menawarkan harga yang berpatutan dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata, selain program itu, Goodday juga mengorak langkah dalam menyediakan susu berkualiti dengan menampilkan pek baharu susu Goodday.

Iklan
Iklan

"Pada setiap tahun ketika Goodday Milk Fest diadakan, kami mengambil inisiatif untuk menghargai pelanggan setia kami. Pada tahun ini kami menampilkan pembaharuan Goodday yang lebih ‘vibrant’, segar dan moden,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, antara tawaran hebat Goodday kepada pelanggannya ialah bermula 1 Julai hingga 14 Ogos 2021, pembeli boleh mendapatkan pek Goodday UHT Milk 250 mililiter (ml) dan 7 Days Croissant dengan harga RM3 di stesen minyak Petron seluruh Semenanjung Malaysia.

Iklan

"Goodday Milk Fest mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyokong jenama kami. Kami berharap mereka akan gembira dengan tawaran eksklusif kami serta penampilan baharu sepanjang Goodday Milk Fest,” katanya.

Pek Kuan berkata, Goodday juga menawarkan harga yang berpatutan bermula 27 Julai hingga 1 Ogos 2021 antaranya dua pek Goodday UHT Milk satu liter (1L) dijual pada harga RM8.99 melibatkan pelbagai perisa, Goodday UHT Milk 1L hanya RM4.99 dan Goodday UHT Milk 200 mililiter (ml) dengan harga RM7.99 di pasar raya terpilih.

Iklan

Selain itu, Goodday juga menawarkan ganjaran kepada pembelinya dengan berkerjasama dengan pelbagai pihak.

"Antaranya ialah setiap pembelian dua pek Goodday UHT Milk 250ml dari Kedai Mesra Petronas bermula 27 Julai hingga 1 Ogos 2021, seramai 200 pemenang berpeluang memenangi RM50 kredit Setel. Jumlah keseluruhan yang boleh dimenangi pembeli ialah RM10,000,” katanya.

>