KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai mengenai pengisytiharan proklamasi itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.