Muhammad Helmi dilantik Ketua Pengarah MetMalaysia baharu
Iklan
Muhammad Helmi Abdullah
KUALA LUMPUR - Muhammad Helmi Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang baharu berkuat kuasa semalam.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pelantikan tersebut bagi menggantikan Jailan Simon yang bersara wajib pada 31 Julai lepas.
Iklan
Iklan
"Muhammad Helmi (57) yang memulakan perkhidmatan pada 1988 sebagai Ahli Kaji Cuaca (A20) di Pejabat Ramalan Kota Kinabalu, Sabah merupakan Ketua Pengarah MetMalaysia yang ke-10 sejak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia ditubuhkan.
"Beliau berkelulusan B Sc (Hons) in Mathematic dari Universiti Malaya pada 1987 dan memiliki Post-graduate Diploma in Meteorology dari Training School, Bureau of Meteorology Australian pada 1990,” menurut kenyataan itu.
Iklan
MetMalaysia berkata, sepanjang perkhidmatan lebih 33 tahun, beliau pernah berkhidmat dan menjadi Pengarah di Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) sekali gus menjadikan beliau seorang pakar dalam ramalan cuaca umum.
Selain itu, beliau juga mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam Meteorologi Lautan dan Oseanografi khususnya Wave and Storm Surge Modelling.
Iklan
Beliau juga terlibat dalam Malaysian Tsunami Focal Point - Intergovernmental Coordination Group for the Indian Ocean Tsunami Warning and Mitigation System (ICG/IOTWMS) sejak 2019 hingga kini.
MetMalaysia berkata, kepakaran dan pengalaman yang luas dimiliki Muhammad Helmi dalam bidang meteorologi dan geofizik membolehkan beliau mewakili Malaysia dalam persidangan antarabangsa seperti Mesyuarat Intergovermental Panel On Climate Change (IPCC) Bureau di Geneva, Switzerland.
MetMalaysia turut menzahirkan keyakinan dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Muhammad Helmi, jabatannya akan terus mengukir kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan meteorologi dan geofizik di negara ini dan peringkat antarabangsa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>