Jangan kecam pemakaian atlet negara tetapi sokong mereka
Iklan
Tangkap layar pengguna Facebook yang mengecam pemakaian atlet negara, Azreen Nabila Alias
SHAH ALAM - Pemakaian atlet wanita negara tidak sepatutnya dijadikan sebagai komen negatif sehingga wujud penghinaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, mereka seharusnya disokong dan bukannya dikecam atas pendirian mereka memakai hijab di trek olahraga.
Iklan
Iklan
Menurutnya, cara pemakaian atlet terbabit tiada kaitan dengan prestasinya sebagai pelari pecut kebangsaan.
"Dalam apa-apa keadaan sekalipun, pemakaian atlet wanita tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu.
Iklan
"Kita sama sekali tidak boleh berkompromi dengan komen-komen negatif berkenaan cara pemakaian atlet wanita, sama ada kerana pilihan peribadi, faktor keselesaan mahupun agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, tular di media sosial, salah seorang pengguna Facebook mempertikaikan imej berhijab atlet olahraga negara, Azreen Nabila Alias seolah berlari di musim sejuk.
Iklan
Pengguna tersebut turut mempersoalkan agama pelari wanita itu yang menghalang pemakaian seperti pesaing yang lain dan menyarankan agar atlet itu fokus kepada acara tilawah al-Quran serta mahu pelari bukan Melayu mewakili acara tersebut.
Jelas Zuraida, semua atlet kebangsaan sepatutnya diberi ruang untuk mewakili negara dalam apa jua pertandingan dan dengan penuh keyakinan bahawa seluruh rakyat berada di belakang mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>