Perenang AS, Dressel pecah rekod dunia 100m kuak kupu-kupu
Iklan
ATLET renang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, mencipta rekod baharu apabila meraih emas acara renang 100 meter (m) kuak kupu-kupu pada Sabtu, pingat emas ketiga buat dirinya di Olimpik Tokyo.
Beliau merakamkan catatan masa baharu iaitu 49.45 saat, memecahkan rekod dunia yang dicatat beliau sebelum ini iaitu 49.50 saat serta memadam rekod Olimpik 49.71 saat.