Lelaki ditahan bantu siasatan kes jumpa mayat

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dalam kes penemuan mayat di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang ditahan berumur lingkungan 20-an itu merupakan rakyat tempatan.

Iklan
Iklan

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini (penemuan mayat).

"Mayat mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemukan dengan lebam pada kedua-dua pergelangan tangan dan dahi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh

Awal pagi tadi, mayat seorang lelaki ditemukan di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang, di sini.

Iklan
Iklan

Polis menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira jam 4.15 pagi.