Kerja di tapak projek LRT3 dihentikan, insiden disiasat

Iklan
Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas perancah besi di tapak pembinaan itu jatuh manakala tiga lagi rakan senegaranya serta seorang rakyat Indonesia berusia 30-an mengalami cedera ringan.

SHAH ALAM - Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd, Kontraktor Pakej Kerja GS09 Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kini bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyiasat punca insiden perancah besi jatuh di tapak pembinaan projek itu di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Menerusi kenyataan pada Khamis, syarikat itu memaklumkan Arahan Henti Kerja (SWO) telah dikeluarkan bagi menghentikan serta-merta semua aktiviti pembinaan.

Iklan
Iklan

"Kami ingin mengucapkan takziah dan maaf kepada mangsa dan keluarga mereka serta meminta maaf kepada orang ramai atas sebarang kesulitan,” katanya.

Sebarang pertanyaan atau kebimbangan berhubung isu keselamatan, sila hubungi talian LRT3 di 1 800 18 2585.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas perancah besi di tapak pembinaan itu jatuh manakala tiga lagi rakan senegaranya serta seorang rakyat Indonesia berusia 30-an mengalami cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada jam 4.20 petang. - Bernama

Iklan