Penembak Slovakia menang emas acara trap wanita

Iklan
Zuzana Rehak Stefecekova

TOKYO - Penembak Slovakia, Zuzana Rehak Stefecekova, 37, memenangi emas selepas menewaskan Kayle Browning dalam acara trap wanita, di temasya Olimpik Tokyo pada Khamis, lapor Xinhua.

Atlet itu mendapat 43 mata, lebih satu mata mengatasi Browning dari Amerika Syarikat yang meraih perak.

Iklan
Iklan

Sementara itu Alessandra Perilli dari San Marino mendapat gangsa, pingat pertamanya dalam kejohanan antarabangsa. - Bernama

Iklan
Iklan