Anwar kemuka usul undi hilang percaya terhadap Muhyiddin
Iklan
Anwar Ibrahim.
 - Foto Bernama
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dewan Rakyat, pada Khamis.
Ia susulan pendedahan Istana Negara berhubung keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan Ordinan Darurat yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Iklan
Iklan
"Saya mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti berikut: Bahawa Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.
Usul tersebut dikemukakan menerusi surat dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada hari sama.
Iklan
Anwar juga menyifatkan penangguhan Dewan Rakyat yang diumumkan untuk tujuan saringan Covid-19 adalah tindakan sengaja melengah-lengahkan perbahasan.
"Saringan boleh dilakukan tapi tidak ada sebab mengapa (perbahasan) perlu ditangguhkan,” katanya.
Iklan
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengusulkan kepada Speaker Dewan Rakyat supaya meletak jawatan secara terhormat dengan segera.
"Keengganan mereka mengadakan apa sahaja bentuk undian adalah kerana mereka tahu sudah hilang kepercayaan ahli-ahli parlimen.
"Sekarang rakyat sudah tahu bahawa kelompok yang mempertahankan kuasa ini derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan takut dengan undi di parlimen kerana sudah nyata hilang majoriti,” katanya lagi.
Anwar juga memaklumkan, pihaknya akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bergantung kepada perkembangan senario politik negara dalam masa terdekat sekiranya diperlukan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>