Lelaki ditahan laku seks luar tabii dengan kambing

Iklan
Pengadu telah membuat pemeriksaan seekor kambing betina yang telah mati.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 45 tahun pada jam 6.24 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pengadu memaklumkan terdengar bunyi dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya pada jam 1.30 petang.

"Hasil pemeriksaan, mendapati seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing sebelum melarikan diri.

Iklan

"Pengadu juga mendapati seekor kambing betina telah mati," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Arsad berkata, siasatan di tempat kejadian bersama pasukan forensik dan Jabatan Veterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu telah dibuat.

Iklan

"Haiwan tersebut dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis (bedah siasat)," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya diberkas di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah di sini pada jam 10.50 pagi Rabu.

"Semakan mendapati suspek berusia 60 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah.

"Suspek akan di reman pada Khamis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan," katanya.

Arsad berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya suspek ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes itu serta sekaligus meningkatkan persepsi masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia.

"Kita juga dapat mengurangkan kegusaran terhadap masyarakat setempat. Kita juga meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.