SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk meningkatkan dan menaik taraf prasarana dan perkhidmatan terutamanya di kawasan luar bandar, hospital, pusat kesihatan dan klinik desa.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penambahbaikan tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan perjawatan kepakaran dan doktor, farmasi serta paramedik bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini berada di tahap yang terbaik dalam menangani krisis kesihatan seperti pandemik Covid-19.