MPN seharusnya tidak libatkan ahli politik: Tun M
Iklan
Dr Mahathir
KUALA LUMPUR - Majlis Pemulihan Negara (MPN) seharusnya menjadi sebuah badan tanpa penglibatan ahli politik.
Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, badan berkenaan sebaliknya perlu mengandungi hanya golongan profesional, yang biasa mengendalikan pandemik, epidemik dan penyakit.
Iklan
Iklan
"Ahli politik pada dasarnya tidak faham perubatan, saya rasa saya tahu sedikit sebanyak kerana saya pernah dilatih sebagai doktor tapi pasti yang lainnya akan bercakap mengenai politik, semua yang mereka buat adalah berkisar mengenai usaha menjadi popular dan dapatkan lebih banyak undi,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam persidangan media maya selepas menghadiri sidang khas di Dewan Rakyat hari ini.
Iklan
Jumaat lepas Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata MPN bersetuju menjemput wakil dari parti-parti pembangkang menjadi anggota majlis itu, selaras dengan pendekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kolaborasi, inklusif dan penyatuan negara. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>