Maqis rampas kayu oak putih dari Jerman
Iklan
KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 31,480 kilogram kayu oak putih dari Jerman bernilai RM96,055.21 di Pelabuhan Kuantan di sini pada Ahad.
Maqis menerusi kenyataan pada Isnin berkata, rampasan itu dibuat menerusi pemeriksaan rutin pada jam 3.15 petang dan kayu itu dipercayai dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan untuk pasaran di negara ini.