Polis sudah ambil keterangan Nazri

Iklan
Nazr i- Foto astroawani.com

SEMENYIH - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pihak polis telah pun merekodkan kenyataan beliau mengenai ucapan yang dikatakan berbaur perkauman yang dibuatnya di satu ceramah politik di sini, Sabtu.

Menurutnya kenyataan beliau diambil semalam.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di satu majlis di Bandar Seri Putra dekat sini malam ini, beliau mengakui bahawa perkara itu masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan saya disalahtafsir: Nazri

Iklan

Semasa ditanya sekiranya beliau akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, beliau menjawab:"no problem”.

Ketua Polis Negara sebelum ini dilaporkan berkata, polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan 1948. - Bernama

Iklan