PKPD: Bantuan makanan 10 tan diberi kepada enam kampung
Iklan
KUCHING - Bantuan makanan berjumlah 10 tan telah sampai kepada 2,500 keluarga di sekitar Tabuan Melayu, di sini sumbangan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, penerima yang berjumlah kira-kira 10,000 orang itu adalah penduduk enam kampung di kawasan berkenaan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 29 Julai.
Iklan
Iklan
Setiap isi rumah menerima bungkusan yang mengandungi barang keperluan, termasuk makanan dalam tin, daging segar serta ayam segar.
"Malang sekali bagi penduduk kawasan ini yang terpaksa diletakkan di bawah PKPD semasa sambutan Aidiladha, namun mereka harus faham bahawa langkah ini penting bagi membendung penularan jangkitan virus Covid-19.
Iklan
"Saya harap bantuan makanan yang diagihkan ini boleh meringankan beban yang dihadapi penduduk dalam mengharungi tempoh yang cukup mencabar ini,” katanya.
Sementara itu Wan Junaidi berkata, beliau optimis seluruh penduduk dalam kawasan Parlimen Santubong akan divaksin sepenuhnya hujung bulan ini.
Iklan
Katanya, berdasarkan kepada laporan yang diterima, program imunisasi di kawasan Parlimen itu sedang berjalan lancar dengan mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk dan difahamkan kebanyakan penduduk sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>