PPN: Indikator nilai ambang kes baharu dinilai semula
Iklan
Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - Indikator nilai ambang kes baharu Covid-19 yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin akan ditukar dengan nilai ambang yang lebih sesuai mengikut perkembangan dan situasi semasa negara.
Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya telah membentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya nilai ambang kes baharu itu ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori ataupun kes kematian.
Iklan
Iklan
"PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai, kita akan lihat kapasiti kes di ICU (unit rawatan rapi) dan kadar kematian.
"Perkara ini sedang dibincangkan dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi menukar kepada nilai ambang lebih sesuai terutamanya di fasa ketiga apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada 40 peratus penduduk dewasa negara," katanya dalam rancangan Agenda Awani di sini malam Sabtu.
Iklan
Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan perubahan itu dibuat berdasarkan contoh di negara lain seperti di United Kingdom yang merekodkan penurunan secara mendadak kes Covid-19 bergejala dan kemasukan ke hospital selepas lebih 40 peratus penduduknya lengkap divaksinasi.
"Oleh itu, apabila 40 peratus rakyat kita mendapat vaksinasi penuh, kita akan minta Majlis Pemulihan Negara (MPN) pertimbangkan perkara ini.
Iklan
"Bagaimanapun pertimbangannya adalah tertakluk kepada pakar-pakar yang berkaitan," katanya.
Tengku Zafrul dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, MPN bersetuju untuk menjemput parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah dan Pejuang Tanah Air serta wakil dari kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli anggotanya.
Selain itu katanya, MPN menjemput pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli perniagaan, Tony Fernandes, penasihat Star Media Group, Wong Chun Wai dan pakar penyakit berjangkit, Dr Adeeba Kamarulzaman.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang tersebut akan membantu MPN membuat keputusan paling tepat dan akan memberi impak positif dari segi perbincangan serta idea.
Katanya, ia juga akan bagi menjamin ketelusan serta memastikan proses semak dan imbang dapat dilakukan sepanjang masa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>