PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan
Iklan
Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membantu membawa suara generasi muda dari peringkat akar umbi.
Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan suara golongan itu didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Iklan
Iklan
"Sebagai golongan yang termasuk dalam senarai yang diberikan tumpuan oleh kerajaan khususnya ketika pandemik Covid-19, belia tentunya memerlukan perantara atau orang tengah yang boleh menjadi penyambung suara mereka di pelbagai peringkat.
"Sudah pasti, MBM selaku organisasi yang mewakili suara orang muda boleh dan telah memainkan peranannya dalam aspek ini,” katanya yang turut mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-73 MBM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya di sini pada Jumaat.
Iklan
Muhyiddin berkata, sejak penubuhan, MBM selaku organisasi yang menaungi golongan belia telah memainkan peranan penting membantu dan membawa suara belia untuk perhatian kerajaan.
Ditubuhkan sejak tahun 1948, MBM ialah sebuah NGO yang bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>