Syarikat didenda RM25,000, gagal adakan prosedur kerja selamat
Iklan
IPOH - Sebuah syarikat pembuatan makanan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis kerana gagal mengadakan prosedur kerja selamat hingga mengakibatkan seorang pekerjanya cacat pada April tahun lalu.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataannya memaklumkan Bestcan Food Technological Industry Sdn Bhd yang diwakili oleh pengurus lojinya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.