Bantuan RM5.44 juta kepada usahawan terkesan Covid-19
Iklan
KPLB akan menyalurkan pakej bantuan bernilai RM5.44 juta kepada usahawan dan peniaga kecil yang terjejas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Lima agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyalurkan pakej bantuan bernilai RM5.44 juta kepada usahawan dan peniaga kecil yang terjejas berikutan pelaksanaan Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, pakej tersebut akan diberikan mulai Ogos hingga Disember 2021 dan jumlah anggaran penerima manfaat pakej bantuan ini adalah seramai 3,815 orang.
Iklan
Iklan
"Secara keseluruhannya insentif-insentif yang ditawarkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah adalah pengecualian bayaran premis perniagaan; pengecualian bayaran sewa tanah; penangguhan bayaran sewa rumah; penangguhan bayaran balik pinjaman termasuk menstrukturkan semula dan memperluaskan program keusahawanan di agensi,” ujar Abd Latiff di dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Langkah pemberian pakej bantuan ini adalah susulan pengenalan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.
Iklan
Iklan
Lima agensi KPLB yang menyediakan pakej bantuan ini adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>