Maharaja Jepun dijangka hadiri upacara pembukaan Olimpik Tokyo
Iklan
Maharaja Naruhito - Foto AFP
TOKYO - Maharaja Naruhito dijangka menghadiri upacara pembukaan temasya Olimpik Tokyo di National Stadium pada 23 Julai, memetik sumber pada Rabu.
Baginda selaku penaung kehormat Olimpik Tokyo turut dijadual merasmikan upacara pembukaan itu, lapor Jiji Press.
Iklan
Iklan
Sementara itu, anggota keluarga diraja lain termasuk Maharani Masako mungkin membatalkan rancangan melawat beberapa gelanggang acara, kata sumber itu.
Sebelum upacara pembukaan berlangsung, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan pemimpin negara lain bakal diundang ke Istana Imperial pada 22 dan 23 Julai.
Iklan
Piagam Olimpik menetapkan pembukaan Olimpik diisytiharkan oleh ketua negara yang menjadi tuan rumah kejohanan.
Pengisytiharan pembukaan Temasya Olimpik Tokyo 1964 dan Olimpik Sapporo 1972 disempurnakan Maharaja Showa, manakala Olimpik Nagano 1998 oleh Maharaja Akihito, yang ketika ini membawa gelaran Maharaja Emeritus. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>