Vaksin untuk pelajar STPM akan disegerakan
Iklan
KANGAR – Pemberian vaksin Covid-19 kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipercepatkan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.
"Mengikut perancangan kita, pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan STPM akan disegerakan kemudahan pemberian vaksin mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan 2020 di sini hari ini.