UMW Toyota harap sekatan pergerakan dilonggarkan
Iklan
KUALA LUMPUR - UMW Toyota Motor (UMWT) yang menerima himpunan tempahan menggalakkan bagi pelbagai model keluarannya, berharap agar sekatan pergerakan sedia ada dilonggarkan bagi membolehkan syarikat itu beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat.
Presidennya, Ravindran K berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 1 Jun 2021, menyaksikan banyak sektor perniagaan perlu ditutup dan mengakibatkan jualan kenderaan baharu seluruh industri merudum bagi bulan tersebut.
Iklan
Iklan
"Penutupan berterusan semua bilik pameran Toyota dan Lexus di seluruh negara juga bermakna perniagaan tidak dapat dijalankan. Pada masa sama, pengeluaran kenderaan termasuk usaha rantaian bekalan serta logistik juga perlu dihentikan sementara.
"Walaupun maklum bahawa langkah kerajaan itu bagi kebaikan negara, namun ini sebaliknya hadir dengan cabaran tersendiri untuk syarikat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Ravindran turut memberi jaminan jika dibenarkan beroperasi, UMWT akan terus mematuhi semua ketetapan prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang dilakukan syarikat itu sejak tahun lepas.
Menurutnya, walaupun bilik pameran kekal ditutup, pelanggan masih boleh membuat tempahan secara dalam talian termasuk mendapatkan perincian model-model kenderaan Toyota dan Lexus di laman sesawang toyota.com.my and lexus.com.my.
Iklan
"Kami menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian dan ini turut membantu kami merancang pengeluaran di dua kilang pemasangan bagi mengurangkan tempoh masa menunggu sebaik larangan pergerakan ini ditamatkan. Ini juga membolehkan pelanggan untuk memanfaatkan insentif kewangan yang ditawarkan pada masa ini,” katanya.
Beliau merujuk kepada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang telah dilanjutkan sehingga akhir 2021.
"Pengecualian itu melibatkan kedua-dua model Toyota dan Lexus yang diimport dan pemasangan tempatan yang memberi penjimatan menguntungkan untuk pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, larangan yang berpanjangan ke atas pengeluaran akan memberi impak, bukan sahaja kenderaan penumpang malah komersial yang diperlukan bagi pengangkutan barangan di seluruh negara.
"Walaupun kerajaan telah merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam empat fasa, sekarang masih lagi dalam fasa pertama dengan larangan paling ketat. Keadaan semasa juga tidak membolehkan rancangan pemulihan dijalankan dengan mudah,” katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa perniagaan eksport akan turut terkesan memandangkan anak syarikat terlibat mengeksport komponen automotif dalam jumlah besar serta merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota.
"Jika situasi ini berpanjangan, kami khuatir pelanggan di negara luar terlibat akan mencari pembekal lain memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana disebabkan oleh gangguan bekalan dari Malaysia.
"Ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara kerana keseluruhan perniagaan eksport mengalami penurunan,” katanya. - Bernama
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.