Ibadah korban di NS ditangguhkan
Iklan
Gambar hiasan
SEREMBAN - Pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha di Negeri Sembilan tahun ini ditangguhkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini berikutan data penyebaran virus Covid-19 di Negeri Sembilan amat tinggi, sehingga boleh mewujudkan kemudaratan yang tidak terkawal.
Iklan
Iklan
Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) telah mengesan 13 kes yang dijangkiti virus yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) terdiri daripada tujuh kes varian Beta dan enam kes varian Delta, di Seremban, Rembau dan Kuala Pilah.
"Berdasarkan keadaan itu, ibadah korban di seluruh Negeri Sembilan ditangguhkan atau erti kata lain tidak dibenarkan.
Iklan
"Mana-mana individu yang mempunyai nazar korban pada tahun ini, bolehlah laksanakan ibadah korban di luar," katanya pada sidang media selepas menpengerusikan mesyuarat exco secara maya pada Rabu.
Tambahnya, kepada yang ingin menjual mantai daging ditepi-tepi jalan, mereka perlu mendapatkan maklumat lanjut dengan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengenai SOP yang perlu dipatuhi.
Iklan
Bagaimanapun, penjualan daging untuk Aidiladha, masih boleh dijalankan di pasar-pasar awam dan FAMA.
Sementara itu, mengenai solat sunat Aidiladha, beliau berkata, ia dibenarkan hanya membabitkan 12 ahli jemaah yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid atau surau Jumaat seperti mana sedang dilaksanakan.
Beliau berkata, solat sunat Aidiladha bagi daerah atau lokaliti yang diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.
Katanya, keputusan ini dilakukan atas syor dan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sembilan dan MKN.
"Ketetapan sedemikian perlu diambil sebagai menyahut nasihat kerajaan agar semua bentuk aktiviti berkumpulan dikawal bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini," katanya.
Pada Rabu, sebanyak 1,537 kes baharu dilaporkan di Negeri Sembilan, dengan jumlah kumulatif sebanyak 55,756 orang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>