67 premis termasuk kilang ingkar SOP diarah tutup
Iklan
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
KUALA LUMPUR - Sebanyak 67 lagi premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan, diarah tutup pada Isnin kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang Covid-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang; 16,822 premis perniagaan; 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja.
Iklan
Iklan
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh, dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Selasa.
Sementara itu, 416 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu seramai 372 individu dikompaun, manakala 44 lagi direman pada Isnin.
Iklan
Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis sebanyak 97 kes; tiada penjarakan fizikal (35); gagal mendaftar masuk premis (74); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (43); membawa penumpang berlebihan (39); tidak memakai pelitup muka (58); premis gagal patuhi arahan (enam) dan lain-lain kesalahan sebanyak 64. - Bernama
AKAN MENYUSUL
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>