Kasut Emas Euro milik Ronaldo

Iklan
Cristiano Ronaldo

PENYERANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Kasut Emas Euro 2020 menewaskan pesaing terdekatnya iaitu penyerang Republik Czech, Patrik Schick.

Ronaldo mengumpul lima gol dalam kempen kali ini walaupun pasukannya telah tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir selepas tewas kepada Belgium 0-1.

Iklan
Iklan

Ronaldo dan Schick berkongsi jumlah gol yang sama dengan penyerang Republik Czech itu membuat penampilan lebih banyak daripada Ronaldo apabila layak ke suku akhir Euro kali ini.

Namun, UEFA menganugerahkan Kasut Emas itu kepada Ronaldo berdasarkan kriteria yang menyaksikan Ronaldo turut menyumbang satu bantuan gol kepada pasukannya.

Iklan
Iklan