Buka kilang hanya selepas semua pekerja divaksin: Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi
SHAH ALAM - Pemuda UMNO menuntut agar kilang-kilang hanya dibenarkan beroperasi selepas semua pekerjanya sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menggesa kerajaan mengarahkan supaya semua kilang di Selangor ditutup kecuali yang berkaitan dengan makanan dan perubatan.
Iklan
Iklan
"Laksanakan hanya di Lembah Klang iaitu Selangor dan wilayah yang mencatat kes begitu tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad.
Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.
Iklan
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan digesa memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa menjadi punca utama kegagalan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown'.
"Sebagaimana cadangan saya kepada Ismail Sabri ketika menyerahkan cadangan menerusi #TuntutanRakyat, laksanakan 'total lockdown' penuh, bukan separa masak seperti sekarang.
Iklan
"Jangan dilayan lagi rayuan Menteri MITI yang lebih kepada nak jaga tauke-tauke kilang berbanding rakyat marhaen,” tegas beliau.
Sementara itu, beliau berkata, sayap pemuda UMNO turut menuntut bantuan khas Covid-19 iaitu bantuan bakul makanan ditambah dan disegerakan terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>