Covid-19: Balai Polis Lukut ditutup tujuh hari

Iklan
Balai Polis Lukut diarahkan tutup sementara oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson selama tujuh hari bermula Sabtu selepas terdapat kes positif Covid-19. - Foto sumber internet

PORT DICKSON - Balai Polis Lukut diarahkan tutup sementara oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson selama tujuh hari bermula Sabtu selepas terdapat kes positif Covid-19.

Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penutupan sementara ini berikutan terdapat tiga anggota balai tersebut dikesan positif Covid-19 selain melaksanakan proses sanitasi.

Iklan
Iklan

"Ekoran penutupan Balai Polis Lukut, semua proses pentadbiran serta lain-lain adalah dihentikan sementara bermula Sabtu.

"Orang awam yang mempunyai urusan di balai polis tersebut dalam tempoh ini diminta ke Balai Polis Port Dickson atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Aidi Sham berkata, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau 06-6472222 untuk sebarang pertanyaan.