Dua lokaliti dikenakan PKPD mulai Ahad ini
Iklan
Tiga lokaliti di Kuala Lumpur dan Sandakan, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad hingga 24 Julai.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua lokaliti iaitu Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 11 Julai sehingga 24 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia di Apartmen Sri Rakyat, trend kes meningkat iaitu sebanyak 94 kes positif direkodkan daripada hasil saringan ke atas 598 orang penduduk.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Pelaksanaan PKPD ini bertujuan mengawal pergerakan penduduk sekali gus mengekang penularan jangkitan ke komuniti lain.
"Selain itu, di Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, sebanyak 16 ujian saringan dilakukan dan sembilan daripadanya dilaporkan positif Covid-19 pada kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Iklan
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Jalan Kubur, Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 9 julai kepada 15 Julai.
Iklan
Jelasnya, sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD, 492 ujian saringan dan 258 daripadanya dilaporkan positif Covid-19.
"KKM juga mendapati kes masih menular dalam kalangan penduduk selain terdapat kes baru direkodkan di lokaliti ini,” ujarnya.
Menurut Ismail Sabri, PKPD di di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 9 Julai.
Tambahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, Sandakan; Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, Tawau, Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar, Sandakan, Sabah ditamatkan pada 10 Julai.
"KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>