Tawar aksi berahi RM58

Iklan
Azman memecahkan dinding premis yang diubah suai untuk dijadikan bilik.

KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik premis urut, tetapi menyediakan aksi ranjang dengan harga serendah RM58.

Kegiatan terkutuk ditawarkan lapan premis itu antara dibongkar menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram di sekitar Jalan Kuchai Lama, di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Turut difahamkan salah sebuah pusat urut berselindung disebalik butik pakaian termasuk mempunyai lorong rahsia bagi memudahkan Gadis Pelayan Pelanggan (GRO) untuk meloloskan diri.

Dalam operasi pada jam 1 petang itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, siasatan awal mendapati kesemua premis berkenaan menawarkan perkhidmatan seks serendah RM58 untuk tempoh satu jam.

Iklan

"Semakan juga mendapati premis-premis ini telah diserbu sebanyak dua kali sejak beberapa tahun lalu namun masih berdegil meneruskan aktiviti haram.

Antara wanita yang ditahan.

"Bagi memastikan mereka (pemilik premis) tidak meneruskan aktiviti haram tersebut, kita telah memotong bekalan air premis terbabit selain memecahkan ruang-ruang bilik di setiap premis bagi melumpuhkan operasi mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai operasi berkenaan, di sini hari ini.

Iklan

Operasi bersepadu itu turut disertai seramai 132 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Mengulas lanjut, dalam serbuan ini, seramai lapan wanita dipercayai bekerja sebagai tukang urut berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 30 tahun telah ditahan.

Katanya, kesemua wanita berkenaan terdiri daripada tiga wanita tempatan manakala selebihnya merupakan warga Vietnam.

"Selain itu, kita juga telah merampas pelbagai barangan seperti peralatan seks, kondom dan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.