PGA rampas arak, kenderaan bernilai RM1.6 juta
Iklan
SHAH ALAM - Sebanyak 2,140 kotak berisi arak termasuk kenderaan bernilai RM1.6 juta dirampas dalam serbuan yang dijalankan Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah lot di Jalan Sellathevan, Kampung Sungai Kandis pada Rabu.
Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan yang dijalankan merampas arak berjumlah RM1.2 juta.