Syarikat perkhidmatan perlu dibenar guna surat CIMS 3.0 baharu
Iklan
MITI memaklumkan syarikat di kawasan PKPD yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
KUALA LUMPUR - Syarikat yang tersenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara bagi lokasi Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi menggunakan surat baharu Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, surat CIMS 3.0 yang baharu ini akan mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah kod QR surat tersebut.
Iklan
Iklan
"Sebagaimana pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai, pergerakan syarikat dalam sektor perkhidmatan perlu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menggunakan surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR),” katanya.
MITI berkata, syarikat di kawasan PKPD yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
Iklan
Iklan
Menurutnya, platform CIMS 3.0 dikongsi dengan 17 kementerian dan tiga agensi dan setiap permohonan akan diproses dan diluluskan setiap kementerian dan agensi mengikut portfolio masing-masing. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>